Gliese 581d, sebuah planet raksasa yang mengelilingi sebuah bintang Red D Warf (bintang yang mempuanyai kuasa lebih rendah berbanding Matahari dan suhu di bawah 4000 darjat Kelvin) telah disahkan sebagai planet pertama yang memenuhi syarat-syarat mampu menampung kehidupan.
Planet yang terletak kira-kira 20 tahun cahaya dari Bumi ini merupakan salah satu bintang yang berdekatan planet kita. Suhunya dianggarkan cukup hangat dan cukup basah untuk menambah biak kehidupan serupa yang dimiliki di planet Bumi.
Sebelum ini, perhatian astronomi telah tertumpu kepada bintang yang lain iaitu bintang Gliese 581g, setelah diketahui bahawa bintang tersebut mempunyai jisim serupa dengan Bumi dan juga berada di dekat zon Goldilocks.
Gliese 581d mengorbit di zon Goldilocks (kawasan di mana kehidupan mungkin terbentuk) milik bintang Gliese 581. Seperti diketahui, di zon Goldilocks, suhu tidak terlalu panas sehingga menyebabkan air mendidih ataupun tidak terlalu sejuk hingga membuatnya membeku namun berada di suhu yang tepat agar air tetap dalam bentuk cair.
“Dengan memiliki atmosfera yang padat dengan karbon dioksida, iklim di Gliese 581d stabil dan cukup hangat untuk memiliki langit, awan, dan curahan hujan,” kata penyelidik National Centre for Scientific Research (CNRS).
Menurut Daily Galaxy, 19 Mei 2011, daripada kajian yang diterbitkan di Astrophysical Journal Letters, Gliese 581d memiliki saiz sekurang-kurangnya 7 kali ganda berbanding Bumi berukuran sekitar 2 kali ganda planet Bumi.
Pertama kali ditemui pada tahun 2007, Gliese 581d pada permulaannya tidak dianggap sebagai planet yang sesuai sebagai lokasi untuk pilihan kehidupan di luar angkasa. Salah satu alasannya adalah kerana ia hanya mendapat satu pertiga radiasi Matahari seperti yang diperolehi Bumi dan kemungkinan ‘tidally locked’ atau hanya satu sisi yang selalu menghadap mataharinya dan mempunyai siang dan malam yang kekal.
Akan tetapi, kajian terkini yang dilakukan oleh Robin Wordsworth, Francois Forget, dan rakan-rakan saintis CNRS lain telah menunjukkan penemuan yang mengejutkan. Atmosfera planet itu mampu menyimpan haba daripada kepadatan gas CO2 dan dihangatkan oleh cahaya dari bintangnya sendiri.
“Secara keseluruhan, suhu yang jauh di sana membolehkan air cair muncul di permukaan planet itu,” kata penyelidik. “Ukuran planet yang besar juga bermaksud graviti di permukaannya lebih kurang dua kali ganda berbanding graviti Bumi,” katanya.
Tambahan pula, penyelidik boleh menghantar angkasawan ke planet itu. Dari Bumi, pesawat ruang angkasa yang mampu terbang dengan kelajuan cahaya memerlukan lebih daripada 20 tahun untuk tiba di sana. Malangnya, teknologi roket yang dimiliki oleh manusia kini hanya dapat membawa kita ke Gliese 581d dengan mengambil masa 300 ribu tahun untuk sampai.
~ 0 comments: ~
Post a Comment